Tanah,Air,Api dan Angin

Mungkin tidak ramai diantara kita yang pernah mendengar bahawa kita 
mempunyai beberapa sifat yang dipengaruhi oleh unsur-unsur alam 
seperti tanah, air, api dan angin. Perkara ini merupakan petua orang-
orang Melayu bagi memilih pasangan. Bagi lelaki yang berunsur api 
elakkan dari memilih pasangan yang mempunyai unsur sepertinya. 

Tapi itu hanyalah pandangan orang tua-tua. Penentuan unsur seseorang 
ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.
i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas

Wanita berunsur Tanah 
Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita 
yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:
* Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia 
serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
* Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka 
bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang 
pemarah.
* Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan 
sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
* Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan 
sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

Wanita berunsurkan Air 
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan 
dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta 
menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
* Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
* Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak 
membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
* Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
* Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.

Wanita yang berunsurkan Api 
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia 
juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. 
Wanita bersifat api:
* Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
* Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap 
dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
* Penasihat yang baik kepada suami.
* Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri 
agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan suami.
* Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.


Wanita berunsur Angin 
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang 
berunsurkan angin:
* Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.Pandai bermain kata dan memujuk rayu. Sopan santun dan berbudi pekerti mulia. Bijak mewujudkan suasana selesa. Hati yang cepat berubah- ubah.


***pssttt:aii unsurr angin...untunglaaaa uu lemonnnnnn!!dpt wanita cm aii...lemah lembut lg oke!..laalalalaalaalalaalla..:))))

Comments

Popular posts from this blog

Takdir Allah!

S.U.A.M.I