:: ADAKAH AKU WANITA SEMPURNA? ::

:: ADAKAH AKU WANITA SEMPURNA? ::

Sebuah kotak kecil yang mampu menggegarkan hati seorang isteri.. 

Ketika saat terlafaznya "Aku Terima Nikah.." daripada mulut suami, bermula detik itu seorang isteri hanya menunggu tibanya masa untuk membuka kotak ini.. Saban bulan, saban tahun, akhirnya sentiasa dibuang ke tong sampah dengan hati kecewa.. Sehari lewat, hati mula berdebar.. Seminggu lewat, hati mula bergetar.. Tapi yang ditunggu akhirnya hanya air mata yang tiba.. Tapi hati ini masih cuba untuk sabar..

Kotak kecil yang mengandungi secebis harapan..
Kotak kecil yang mampu membunuh secebis impian...

Boleh dikatakan, saat bersendirian di kamar mandi itu merupakan saat yang paling mendebarkan hati.. Bila keputusannya hampa, cepat-cepat dibungkus rapi dan dibuang tanpa pengetahuan suami.. Setiap kali lewat ianya tiba, hati merayu merintih berdo'a biarlah kali ini ada isinya.. Walaupun sudah berbulan dan sudah bertahun mencuba, kotak ini tetap tidak pernah dilupa.. Kotak ini tetap dicari juga.. Kotak yang menyimpan sejuta harapan bahagia, dan juga sejuta impian kecewa..

Hanya mereka yang melaluinya akan benar-benar mengerti apa yang dirasa.. Kadang-kadang cuba juga untuk sembunyikan daripada suami, tapi ada ketikanya suami ternampak kotak rahsia.. ALLaHu ALLaHu... Bagaimana kalau jawapannya masih hampa? Suami tak henti bertanya... "Macam mana?"
Tak terkeluar kata-kata nak menjawabnya.. Diri ini hanya mampu menggelengkan kepala.. Jelas suami terus berwajah suram.. tapi suami cukup faham.. cukup setia.. Walaupun hatinya turut kecewa, dia masih mampu mendamaikan kehampaan isterinya..

"Takpe la sayang.. Takde rezeki kita lagi.. Kita cuba lagi yer..."

Getar suara suami itu bagaikan guruh berdentum di langit... Walaupun telinga ini tidak bingit, tapi hati ini merintih perit.. Tahu suamiku turut bersedih.. Ketika itu, hati pasti merintih..

"Adakah aku memang tak mampu memberikan dia zuriat?"

Kadang-kadang sudah malas hendak menjawab pertanyaan orang.. Malas hendak fikir apa yang orang kata.. Setiap kali terlihat gambar bayi-bayi comel, terdetik dalam hati.. Bagaimanakah agaknya rupa anakku nanti jika ada rezeki anak sendiri? Setiap kali berkumpul bersama keluarga, melihat ipar duai memegang anak masing-masing, diri terasa amat terasing.. Anak saudara dimanja ibarat anak sendiri.. Tapi tetap rasanya tak sama di hati.. Mendengar orang bercerita perihal anak mereka, diri ini hanya mampu memasang telinga.. Alangkah indahnya jika dapat turut sama bercerita...
Ya ALLaH.. Kau kuatkanlah hatiku ini..

Suamiku.. Maafkanlah isterimu ini.. Bukan isterimu ini tidak mahu mengandungkan zuriatmu.. Bukan isterimu ini tidak mahu menimang permata hati agar kita bergelar ayah dan ibu.. Apakan daya.. isterimu ini hanya wanita lemah yang tak mampu mengubah takdir ALLaH...

Abang... Berjanjilah dengan sayang...
Abang tak akan sia-siakan sayang...
Abang tak akan cari yang lain hanya kerana kegagalan sayang memberikan cahayamata buat abang...
Setiap hari sayang berdo'a agar ALLaH tunaikan impian kita...
Setiap hari sayang berdo'a agar abang tidak berubah hati dan cinta...
Sayang hanyalah ibarat kain buruk di kaki abang..
Sayang hanyalah seorang wanita yang tak sempurna di mata abang...
Usahlah dibuang kain buruk ini..
Usahlah dilempar keluar wanita ini dari rumah kita..
Hanya ini permintaan sayang sebagai isteri...
Jangan sampai abang berubah hati...
Jangan sampai abang bertukar cinta..
Terima kasih abang sebab sentiasa setia bersama sayang selama ini...
Kasih abang sayang junjung..
Cinta abang sayang julang..
Setia abang sayang sanjung..
Sampai ke akhir hayat...

~Atok/Sayang~
16 Sept 2015
Kuala Lumpur/Kota Bharu

P/S: Nukilan ini ai amik from atok berdasarkan pengalaman beliau suami isteri selama 7 tahun lamanya menanti.. 


Moga Ada rezeki kita..InsyaAllah..Terima Kasih Kekanda untuk semuanya.



Comments

Popular posts from this blog

Takdir Allah!

S.U.A.M.I