Jom Kenali Diri..:)

FIRST STEP
1. Ok.mula2 org kne lukis darjah segi tiga cm gambar ni..


2. sebagai contoh tarikh lahir cheq mimi 15/02/1989
so kat bawah ni..korang leh wat pengiraan cmne cheq mimi buat ni..
if 15/02/1989 = AB/CD/EFGH
ok kat sini..cheq mimi serta kan skali kaedah nak kira lam segi tiga tu..
if hasil tambah garisan warna biru tu lebih dari 9
contoh nye 8+9 = 17..so kita kena kecikkn lg kepada 1+7=8
so skg no yg perlu kita tulis adalah 8.
SECOND STEP @ no ko
d asas..
1. ok after kita dah dapat kiraan cm gambar kat atas..
skg kita perlu tahu pe no asas kita.
2. no kod asas tu adalah nombor yang diwakili oleh huruf O
yang mewakili ciri-ciri utama individu.
3.so nombor kod asas bg cheq mimi adalah 8

**********************************************************
Sifat Peribadi Individu Nombor Kod Asas 1

Pro: Mempunyai sifat seorang pemimpin, ada daya tarikan yang tinggi
daripada jantina yang
berlainan, mempunyai kebijaksanaan yang tinggi, berupaya mengkaji dan
menganalisis sesuatu perkara dengan mendalam dan spesifik,
seorang yang sukakan ilmu pengetahuan dan memiliki ilmu
pengetahuan yang tinggi, seorang yang sangat teliti dalam kebanyakan
perkara, memiliki daya kreativiti yang sangat tinggi dan kepekaan yang tinggi.
Cadangan: Kepekaan dan kreativiti yang dimiliki
hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya kerana
individu yang memiliki nombor kod asas 1 berpeluang besar
memperolehi keuntungan menerusi kreativiti dan kepekaan.
Kontra: Pentingkan diri sendiri, tidak suka dikritik, susah untuk
menerima pandangan atau komen daripada orang lain.
Cadangan: Individu dengan nombor kod asas 1 sesuai bekerja
sendiri berbanding bekerja di bawah majikan.
Sifat Peribadi Individu Nombor Kod Asas 2

Pro: Seorang yang berkemahiran tinggi dan memiliki personaliti
yang menarik. Mudah kelihatan tenang dan selamba dalam
kebanyakan keadaan. Peramah. Sangat suka menjaga kebersihan.
Rajin. Berfikiran Matang. Baik hati, lembut hati dan suka menjaga
kebajikan dan keperluan orang lain. Mudah bergaul dengan golongan
yang lebih tua daripadanya. Apabila diberi tugasan, individu dengan
nombor kod asas 2 akan berusaha untuk menyempurnakan tugas
tersebut dengan sebaik mungkin. Suka memberi sumbangan,
berjasa dan berbakti kepada masyarakat.
Boleh dianggap sebagai seorang sahabat atau saudara.

Kontra: Adakalanya kurang berkeyakinan untuk memulakan sesuatu
perkara (kurang yakin dengan kebolehan diri, sekiranya kurang
maklumat tentang sesuatu perkara yang hendak dilakukan)
walaupun pada hakikatnya orang lain melihat dia sebagai seorang
yang sememangnya mampu untuk melakukannya. Mendengar
nasihat tetapi tidak semestinya mengikut nasihat
tersebut (kelihatan seperti seorang yang lurus tetapi sebenarnya degil).
Lebih mengutamakan kepentingan orang lain berbanding
kepentingan diri sendiri dalam kebanyakan situasi.
Suka berkorban untuk orang lain sehingga boleh memudaratkan
atau menyusahkan diri sendiri.

Sifat Peribadi Individu Nombor Kod Asas 3

Pro: Dikatakan sebagai seorang individu yang serba boleh.
Seorang yang idealistik, aktif dan berpandangan jauh.
Tahu dan faham keperluan diri.
Mampu membezakan antara perkara buruk dengan perkara baik.
Berkebolehan dalam bidang yang diceburi.
Berpotensi untuk hidup mewah sekiranya berusaha bersungguh-sungguh.
Mudah menyatakan pandangan terhadap sesuatu perkara (suka memberi komen).
Kontra: Bersikap terlalu agresif, bukan seorang yang
penyabar dan boleh jadi seorang yang mudah melenting
atau panas baran. Suka mengambil mudah sesuatu perkara
dan tidak tegas. Boleh jadi seorang yang nakal dan
bermulut laser. Perlu berhati-hati dengan perkataan
yang digunakan semasa bercakap kerana individu
dengan nombor kod asas 3 boleh menyakiti hati
orang lain dan seterusnya merenggangkan perhubungan dengan orang lain.

Rahsia Peribadi Individu Nombor Kod Asas 4

Pro: Suka mempelajari sesuatu perkara, bekerja dengan
tekun, tabah dan memiliki strategi dalam melakukan
satu-satu perkara. Memiliki jiwa seni dan biasanya boleh
berjaya dalam peperiksaan. Seseorang yang boleh
dipercayai dan boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat.
Mudah bersimpati dengan orang lain dan memiliki karisma.
Peramah. Suka mengembara dan mencari kebahagiaan dalam hidup.
Apabila gagal, akan mudah bangkit semula.
Kontra: Suka memendamkan perasaan.
Tidak mudah meluahkan rasa tidak puas hati dalam sesuatu perkara.
Terlalu mengutamakan perkara-perkara remeh dan berfikiran
sempit, tidak berpandangan luas.
Mudah mengalami masalah dalam perhubungan dan rumah tangga.

Individu Dengan Kod Asas 5

Pro: Memliki sikap kepimpinan yang kuat. Suka mengambil risiko.
Suka mencuba perkara-perkara baru. Boleh memimpin dan ada karisma.
Selalunya akan memegang jawatan tinggi.
Sangat rajin dan selalu fokus terhadap kejayaan masa depan
jika beliau berkeinginan untuk mencapai kejayaan tersebut.
Berfikiran realistik, tegas, berkesedaran tinggi dan
tidak suka berangan-angan.
Tidak mudah melakukan satu-satu perkara yang sama,
perlukan kepelbagaian dan mudah asyik dengan satu-satu perkara yang dilakukan.

Kontra: Keras kepala, tidak boleh dihalang sekiranya
ingin melakukan sesuatu perkara. Mudah cerewet
biarpun dengan hal-hal kecil. Tidak mudah bertenang
dan sentiasa sibuk bekerja. Kurang teliti dalam menyempurnakan satu-satu kerja.

Ciri-ciri Peribadi Individu Dengan Nombor Kod Asas 6

Pro: Nombor 6 dikatakan sebagai nombor untuk terus
hidup atau wujud. Mempunyai perjuangan dalam kehidupan.
Individu dengan nombor 6 merupakan seorang yang sangat
bersopan,
berbudi bahasa dan selalunya memiliki citarasa
yang tinggi dalam kehidupannya. Individu dengan nombor
kod asas 6 juga mudah hidup senang atau mewah dan pada
masa yang sama juga merupakan seseorang yang mengawal harta benda dan kekayaan.

Individu dengan nombor 6 akan berjaya dalam karier dalam
bidang pendidikan, bidang seni dan bidang keagamaan.
Individu dengan nombor 6 akan mejadi popular dalam masyarakat.
Individu dengan nombor 6 juga sangat mengambil berat
dan menjaga kebajikan orang-orang bawahannya.
Suka membantu orang lain. Selalu menjadi pendamai.
Kontra: Individu dengan nombor 6 suka berbangga
dan tidak akan mengambil kerja mudah. Seorang yang perfectionist
dan mahukan kesempurnaan dalam melakukan sesuatu perkara.
Patuh terhadap kata-kata orang atasan dan tidak mudah menerima
cakap atau arahan daripada orang-orang lain yang bukan ketuanya.
Melakukan sesuatu adakalanya disebabkan ada kepentingan
dalam hasil kerja tersebut yang diperlukan
untuk menyempurnakan sesuatu perkara yang lain.

Keperibadian Individu dengan Nombor Kod Asas 7


Pro: Memiliki kemahiran yang sangat tinggi dan sangat teliti
apabila mengendalikan sesuatu perkara. Individu dengan
nombor kod asas 7 tidak akan lupa kepada orang
yang pernah menolongnya. Seorang yang sangat-sangat menghargai
dan suka berterima kasih. Individu ini ghairah dengan cinta dan seks.
Seorang pemikir. Suka kedamaian dan ketenangan.
Menarik perhatian orang ramai.
Suka menjadi perhatian ramai atau melakukan
perkara-perkara yang boleh menonjolkan dirinya
di khayalak ramai. Suka mengejar kemasyhuran, populariti dan tuah.

Kontra: Pandai memutarbelit kata-katanya. Suka berlawan cakap.
Tidak tetap pemikiran atau pendirian. Mudah mengubah keputusan
. Tidak tegas. Sangat suka berahsia dan sikap seperti ini
selalunya menyebabkan dirinya dipandang negatif.
Tidak menghargai erti persahabatan sejati atau persaudaraan yang sebenar.
Sering menganggap semua orang adalah sama.
Mendekati orang-orang tertentu kerana ada kepentingan terhadap diri sendiri.
Boleh bertindak kejam jika mood tidak baik. Mudah berasa tertekan.
Suka menyendiri dan akan mencari kawan apabila ada keperluan.
Cerewet. Sensitif dengan persekitaran.

Sikap Individu Dengan Nombor Kod Asas 8

Pro: Selalunya lebih aktif di kalangan kawan-kawan,
dan ini menyebabkan individu dengan nombor kod asas 8 mudah terkenal.
Sangat pendiam, konservatif dan pasif.
Bertanggungjawab dan sangat bermoral.
Seorang yang boleh dipercayai. Boleh menyelesaikan masalah.
Tidak akan mempermain-mainkan orang lain.
Kontra: Kadangkala tidak jelas dengan apa yang hendak atau sedang dilakukan.
Matlamat kabur. Nampak kuat secara luaran tetapi sebenarnya berhati sensitif.
Sangat berhati-hati dan percaya kepada pandangan diri.
Mudah kehilangan peluang.
Sekiranya terjerat dengan perkara-perkara tidak berfaedah
dan membuang masa seperti hiburan,
i
ndividu dengan nombor kod asas 8 mudah jatuh ke jurang kegagalan.
.
individu dengan Kod Asas 9

Pro: Sangat optimistik dan berfikiran terbuka. Suka kelihatan cantik.
Sangat beradab. Pintar, peka dan sensitif.
Berkebolehan untuk bersikap offensive dan defensive.
Pandai dalam memenangi hati orang lain.
Berkebolehan untuk menghiburkan orang lain.
Mempunyai daya tarikan sebagai penghibur.
Boleh berkawan dengan sesiapa sahaja.
Melakukan kerja dengan cepat tetapi
tidaklah secara terperinci atau khusus. Fleksibel terhadap persekitaran.
Kontra: Tidak mengambil berat terhadap orang bawahan.
Bersikap emosional. Pada mulanya memiliki ramai kawan,
dan kemudian berkemungkinan besar akan
kehilangan kawan satu demi satu sehingga menjadi
seorang yang kesunyian. Mudah berubah-ubah sikap dan sukar difahami.
Mudah mengikut perasaan, kadangkala gembira,
kadangkala tertekan dan sebagainya.
Mudah berputus asa apabila menghadapi cabaran yang sukar.


*******************************************************************

THIRD STEP @ My chassis number
1. langkah seterusnye ialah mengira chassis no..
2.nombor chassis atau nombor kod peribadi.
Nombor chassis ini terdiri daripadaI, J dan O.
Nombor chassis ini juga dikatakan sebagai
nombor kombinasi penentu sifat peribadi seseorang.
3. so sekarang no chassis bagi cheq mimi adalah 6-2-8
MAKSUD NO CHASSIS :
1---->
  • Bijak
  • Boleh jadi pemimpin (natural born leader)
  • Tidak suka dengar arahan orang lain
  • Tidak percaya kebolehan orang lain. Dia rasa die lagi bagus.
  • Suka memerhatikan orang
  • Kreatif
  • Banyak idea
  • Pantang dicabar
  • Dilihat sebagai seorang yang sombong tapi baik
  • Berdikari
  • Positive thinking
  • Sentiasa nak menang
  • Keras kepala
  • Sangat sentisitif dan suka berdendam
  • Selalu dipijak pijak
  • Perfectionist
  • High expectation
  • Terlalu berterus terang

2---->
  • Mudah keliru * im blurr
  • Susah buat keputusan *nak kfc ke nak mcd.hish
  • Easy to manipulate *hmm..cm btol je
  • Ada kekuatan suara *mulut aku bising gak kan
  • Tidak boleh tertekan dlm membuat keputusan * btol2..nanti nagis
  • Jujur *hmm..dah 2 kali jujur..
  • Suka pada kebersihan *tye wahida..hahhahaa
  • Tenang * im cool beb
  • Dengar tapi tidak semestinya dia buat *dogil den ni ha
  • Memahami *yess..hahaa
  • Mudah bersabar *sbr kan separuh dari iman
  • Mudah simpati *ye..mmg sy mudah bersimpati
  • Mudah memaafkan *5 minit je aku marah..
  • Tidak tetap dalam membuat keputusan *nak kfc la..eh2 nak mcd
  • Sangat- sangat emosional * aku ske nangis..huhu
  • High jealousy *en daus jgn nakal3 k?
  • Boleh dipercayai *yess
  • Pengikut yang bagus *sy kan keje ngan boss
  • Tahap kesabaran yang tinggi * SABAR..MIMI

3---->
  • Aktif
  • Mudah popular
  • Menawan semasa muda
  • Senang diberi tanggungjawab
  • Mudah berkawan, kepoh
  • Baran
  • Kerja siap cepat tetapi tidak sempurna
  • Kurang kesabaran
  • Peramah
  • Nafsu tinggi
  • Suka mengikut fesyen terkini
  • Semangat tinggi
  • Kreatif
  • Artistic
  • Egois
  • Suka kritik secara terbuka
  • Suka mengawal

4---->
  • Suka merancang
  • Suka mencari ilmu dan belajar
  • Membuat kajian sebelum buat keputusan
  • Kemahiran tinggi
  • Bijak
  • Tidak mudah putus asa
  • Sukar simpan wang
  • Rajin. Kerja, etc
  • Keras kepala, susah ubah fikiran
  • Suka bersangka buruk pd org lain
  • Sgt kedekut dgn org yg tidak dikenali
  • Suka logik
  • Tidak berani ambil risiko
  • Setia
  • Takut orang tipu dia, end up selalu kena tipu

5---->
  • Suka mencari peluang, arah dan direction
  • Workaholic
  • Suka travel
  • Mudah naik pangkat
  • Their motto is "Life is a learning process"
  • Ada genetic degil
  • Adventurous
  • Bertenaga
  • Citarasa tinggi
  • Bernafsu tinggi
  • Bijak
  • Berani ambil risiko
  • Minat berniaga (bisnes minded over gila)
  • Suka shopping dan boros
  • Angin turun naik
  • Suka bertangguh
  • Daya tarikan tinggi (charming)
  • Sexy (If perempuan)
6---->
  • Mata duitan * yeke?..mata rabun yela
  • Suka mengawal wang * jimat..huhuh
  • High taste * sy org kg..
  • Kekeluargaan *saya sayang family saya
  • Pendamai dua pihak bertelagah * slalu gduh ngan org de la..
  • Jujur *yessssssss..kdg2 kene tipu sunat
  • Penyayang *sy syg die..tp x like kucing
  • Mengambil berat *hehhee
  • Tidak pentingkan diri sendiri *no comment
  • Menegakkan keadilan *PKR
  • Tamak *sy nak jd kaya
  • Bijak *hahahh..die yg ckp

7---->
  • Love to argue
  • Senang dapat pengikut atau penyokong
  • Senang berkawan
  • Cerewet
  • Popular
  • Suka benda mistik
  • Suka berfalsafah
  • Pendendam
  • Analytical (suka kaji dalam2)
  • Ada kekuatan kerohanian
  • Good instinct
  • Sensitive with surrounding
  • Suka menyendiri
  • Suka berfikir

8---->
  • Bertanggungjawab *tgok org la..
  • Boleh dipercayai *pas ni leh la simpan rahsia ngan aku ek
  • Pertahankan kawan *setiakwn gle aku nih..
  • Keras kepala *dah bsar msti la keras kpla
  • Suka teratur *mujur bukan suke beratur
  • Suka membantu dan baik hati *yess.
  • Mudah simpati hingga tertipu *btol2..
  • Mudah tertekan, tak reti have fun. *sy org kg je..x reti sosial
  • Instinct hebat, boleh jd bomoh * wow..biar btol
  • Setia *firdaus zulhairi..dgr tuh..
  • Materialistik *ckit2 la..hahaa
  • Suka kuasa *aku nak kuasai dunia nih..
  • Ambitious * nak jd pe ek??ahahhahaa..cm x btol je..

9---->
  • Good in public relation
  • Senang dapat kawan
  • Suka bergaya kemas
  • Senang menarik hati org tua
  • Bijak
  • Global thinking
  • Penyayang
  • Suka kongsi dan suka memberi
  • Sensitive
  • Ikhlas
  • Romantis
  • Berbakat
  • Understanding
  • Gentleman (if lelaki)
  • Emosional
  • Jiwang
  • Love yang over

*4TH STEP @ NO2 CIRCULAR
1.langkah seterusnya adalah mengira no 2 circular
2. nombor-nombor circular yang terdiri
daripada kesemua 16 nombor yang diwakili
oleh huruf A, B, C, D, E, F, G ,H, I, J, K, L, M,
N, O, P, Q, R, S dan T. Kombinasi nombor-nombor
tertentu daripada nombor circular ini
juga dikatakan satu cara lagi untuk
menghalusi sifat peribadi individu.
3. so stat la kira no dari huruf A sampai T tu..ok..

4. no circular cheq mimi adalah 112566788888899..cmne faham x stakat nih??
make sure kne ckup 16 no..jgn miss 1 pon..

ok kat cini cheq mimi dpt no 112566788888899
so tgok yg first tu..no 123..de x lam no cheq mimi..
x de kan...so sikap2 yg de lam no 123 tu bukan sikap cheq mimi..
then tgok pulak yg 2nd.. no 426...de x no 426??
skali lg cheq mimi x de...so kita kne tgok satu2...

cmne??ok x???

NOMBOR-NOMBOR CIRCULAR

Nombor-nombor circular sebanyak 16 unit diambil
daripada huruf A, B, C, D, E, F, G ,H, I, J, K, L, M, N,
O, P, Q, R, S dan T. Nombor-nombor ini boleh
dicantumkan menjadi kombinasi nombor tertentu
yang membawa makna tertentu juga.Ada antara
kombinasi-kombinasi nombor circular yang boleh
membawa maksud seperti berikut:
1 2 3 @ 1 2 * bermaksud:
  • Ada kekuatan/bakat/anugerah suara
  • Boleh bercakap dengan lancar dan pantas
  • Kadangkala bercakap kosong
  • Kadangkala tidak boleh mengawal mulut
  • Boleh berhujah/berdebat

4 2 6 @ 2 4
  • Boleh berceramah
  • Suka berkongsi ilmu
  • Boleh menjadi seorang motivator

8 4 3
  • Mudah berasa bosan dengan satu-satu perkara
  • Terlalu suka berangan-angan
  • Susah untuk berjaya jika tidak fokus
  • Suka mencari peluang baru

5 7 3
  • Mudah bergaul dengan orang atasan atau VIP
  • Orang atasan mudah percaya percakapannya
  • Mudah dihentam dan menghentam orang

9 1 1
  • Lebih suka berdikari dalam melakukan sesuatu
  • Suka bekerja sendiri dan sukar bekerjasama dengan orang lain
  • Susah ada rakan kongsi kerana mudah bertentangan pendapat
  • Suka buat keputusan sendiri
  • Boleh menjadi orang tengah
  • Mudah berjaya atas usaha sendiri
  • Keras kepala
  • Senang dikhianati orang lain

1 1 1 1 @ 6 6 6 6 @ 1 6 1 6
  • Suka berfikir secara mendalam
  • Tidak suka berkongsi masalah
  • Mudah berasa kecewa
  • Mudah dilanda tekanan emosi

4 5 6
  • Sesuai menjadi akauntan
  • Mudah terlibat dalam penyelewengan dan rasuah

9 9 9
  • Banyak peluang dalam hidup n menjadi seorang yang tamak
  • Sunyi dan suka tinggal di kawasan yang banyak pokok

3 3 3
  • Mudah tertekan
  • Panas baran
  • Berpontensi untuk menjadi seseorang yang memiliki pengaruh dan kuasa
  • Pendendam
  • Degil
  • Mudah berasa resah dan gelisah (perlu belajar bertenang)

4 5 9
  • Lebih suka mengikut gerak hati berbanding merancang

6 7
  • Mudah berbelanja untuk orang lain

1 5 6
  • Lebih sesuai (outstation) sekiranya inginkan keuntungan atau rezeki lebih.

1 8 9
  • Suka melancong, suka bergerak dan sentiasa tertekan

8 3
  • Suka aktiviti luar rumah
  • Tidak suka duduk diam di dalam rumah tanpa kerja

3 3 6
  • Kebocoran wang.
  • Duit senang masuk, senang keluar
p/s:credit to cheq mimi ...
hehehe

Comments

Popular posts from this blog

Takdir Allah!

S.U.A.M.I