Rahsia Watak Anda dan Kengkawan Anda

Anggota Tubuh

Tubuh yang berwarna merah lagi halus menandakan pemalu,berwarna hijau bercampur hitam berperangai jahat,putih kemerahan suka membuat pekerjaan dengan segera dan tubuh yang putih menandakan tidak baik

Rambut

Rambut yang keras menandakan seseorang itu perkasa dan mempunyai otak yang sihat,ikal dan hitam berkilat seseorang itu berakal sempurna kelakuannya,hitam menandakan berakal,lembut berpenyakit dan kurang akal,ikal kemerah-merahan degil dan tamak,kekuningan kurang akal dan cepat marah dan lambut yang lebat juga menandakan kurang akal fikiran

Kepala

Kepala yang besar menandakan seseorang itu berhemah tinggi,berakal,baik budi bicara dan tingkah-lakunya amat menyenangkan,dan sederhana besar menandakan berpengetahuan

Dahi

Dahi yang luas menandakan sempurna budi bicara, dahi yang sederhana dan berkerut-kerut bersikap jujur dan berakal fikiran,luas dan tidak mempunyai banyak urat suka berkelahi dan degil, dahi yang sempit kurang akal dan pendiam manakala yang bujur dan berkerut-kerut antara 2 kening menandakan orang itu sering
berduka cita

Bulu Kening

Kening luas menandakan suka ketawa dan mempunyai ketajaman akal fikiran,sederhana berwarna hitam kesempurnaan kefahaman melalui akal fikiran,panjang tanda keras hati dan sombong,lebat banyak bercakap dan ria,yang bertemu keduanya suka membantah dan yang tinggi menandakan kurang akal dan angkuh


Mata

Mata yang jarang berkelip-kelip menandakan kesempurnaan akal fikiran,hitam menandakan akal fikiran,berbentuk sederhana kesempurnaan akal dan pandai berbicara,mata yang memandang seperti pandangan kanak-kanak dan mukanya umpama tersenyum menandakan lanjut usia,berkelip-kelip kelopak mata menandakan sentiasa memaafkan kesalahan orang lain dan mempunyai budi pekerti yang tinggi,mata yang tinggi suka menipu,lambat berkelip kurang akal dan pendiam,mata biru tidak malu dan tidak sopan,berwarna merah berani,biru kekuningan banyak melakukan kejahatan, berkelip-kelip dan biru berperangai iri hati dan suka buat fitnah dan mata merah seperti api dan berkelip-kelip suak mencuri dan menipu

Hidung

Hidung yang sederhana dan sedikit panjang menandakan berakal dan sentiasa memahami,rendah dan nipis suka berkelahi,tebal suka berdusta dan kurang memahami dan hidung yang luas tandanya suka menipu

Mulut

Mulut yang luas menandakan seseorang yang bersikap berani dan kuat dan mulut kecil berpenyakit


Bibir

Yang nipis sentiasa mengingati setiap pesanan,sederhana tanda kesempurnaan dan merah sentiasa melakukan kebajikan,tebal kurang akal dan degil manakala bibir yang pucat sentiasa berpenyakit

Gigi

Gigi yang sederhana menandakan jujur,berakal dan beramanah,yang jarang dan rata bersikap benar dan amanah,kecil bentuknya tanda banyak penyakit dan yang besar tidak amanah

Dagu

Dagu yang sederhan tandanya mempunyai kesempurnaan akal fikiran dan suka berbicara manakala dagu yang kurus tanda kurang akal,kurang bicara dan tidak gemar ambil tahu hal orang lain

Suara

Nyaring tanda berani,sederhana berakal dan bercakap benar,kurang ketawa dan sentiasa pendiam tanda beriman dan merdu tandanya bersikap menaruh dendam dalam hati

Pipi

Pipi yang sederhana menandakan kebajikan,tebal budi pekerti yang baik dan pipi yang nipis dan kekuningan suka tahu hal orang lain

Janggut

Janggut bundar dan pendek menandakan kesempurnaan akal dan pandai berbicara,lebat tanda berhemah tinggi,sederhan tanda kesempurnaan akal dan janggut yang jarang menandakan kuat menipu

Telingga

Yang besar tandanya berakal dan beringat dan kecil tandanya kurang berakal dan suka mencuri

Muka

Muka bujur menandakan jahat perangai

Leher

Leher yang sederhana tanda berakal,benar dan amanah,pendek jahat,dan panjang dan tirus tanda berpenyakit dan degil dan banyak kelihatan urat tandanya suka pemarah

Tapak Tangan

Tapak tangan dan jejari yang panjang menandakan berani dan berakal,lembut menandakan berilmu dan tajam fikiran,pendek kurang akal fikiran,nipis dan panjang degil dan tidak amanah dam tapak tangan dan tapak kaki yang lembut menandakan lemah anggota badannya

Dada

Dada yang sederhana tanda berakal dan baik bicara,bidang tanda berpenyakit, dan roma yang lebat pada dada dan perut menandakan kurang akal dan berperangai liar serta suka melakukan perbuatan jahat

Perut

Perut yang sederhana tanda selalu melakukan kebajikan,perut rata tanda berakal dan yang besar tanda degil dan berpenyakit

Pinggang

Pinggang nipis tandanya mengasihani perempuan,lembut lemah anggota badan,pejal dagingnya menandakan perangai baik dan lembut dagingnya tanda berani

Tumit

Tumit yang kecil adalah tanda bagi mereka yang selalu membuat kebaikan dan kebajikan

Comments

Popular posts from this blog

Tips-tips untuk hilangkan rasa gementar semasa akad nikah

Takdir Allah!

ARE YOU WITH THE RIGHT PARTNER?