Rahsia Senyum Yang Terabai

Senyum seringkali diabaikan dalam kehidupan seharian. Lebih-lebih lagi dalam dunia yang serba sibuk ni..asyik dahi je berkerut. Senyum tak senyum kita boleh tahu perwatakan seseorang dengan jelas pada raut wajahnya apakah ia seorang yang tenang atau selalu dalam ‘trouble’. Senyum tak semestinya bibir naik sampai ke telinga. Hehehe. Senyum itu jika dari hati yang ikhlas akan terpancar pada air muka walau bibir selamba saja.

Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan ‘senaman dalaman’ di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Badan juga turut 'tersenyum' dan menganggap kita dalam mood gembira.

Memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya membuatkan hidup kita sentiasa ceria tetapi dari sudut kesihatan ia memberi banyak kebaikan.

Kadangkala perkara-perkara yang mudah macam nilah selalu saja tidak dipedulikan walhal ianya amat penting untuk diri kita. Sebagai Align Centercontoh, perhatikan saja nafas kita. Ianya nampak mudah dan macam takde apa yang nak dihirau kan? Tapi cuba kalau tak bernafas dalam seminit… macamana la rasa ek? Itu belum dibuka rahsia bab nafas yang banyak faedah & rahsia2nya. Hehehe… Saya bukan ahli dalam bab ilmu nafas ni.

Berbalik bab senyum ni, sebelum kita nak belajar-belajar senyum jom kita baca apa faedahnya senyum ni.

Senyum membuat kita tampak menarik.
Orang yang banyak tersenyum memiliki daya tarik. Orang yang suka tersenyum membuat perasaan orang disekitarnya damai dan senang hati. Orang yang selalu merungut, cemburu, dan mengerut dahi membuat orang-orang di sekitar tidak selesa. Apabila diperhatikan orang yang banyak tersenyum memiliki lebih banyak teman.

Senyum mengubah perasaan.
Jika kita sedang sedih, cubalah senyum. Senyuman akan membuat perasaan menjadi lebih baik dan seronok. Menurut pemerhatian, senyum dapat menguatkan tubuh sehingga perasaan berubah menjadi semakin rilex. Automatik!

Senyum menghilangkan stres.
Stres dapat dilihat pada raut wajah. Senyuman boleh menghilangkan lelah, bosan, dan sedih. Ketika kita stres, ambillah waktu untuk tersenyum. Senyuman akan mengurangi stres dan membuat fikiran lebih jernih.

Senyum meningkatkan imuniti.
Senyum membuat sistem imun bekerja lebih baik. Fungsi imun tubuh bekerja secara maksima ketika seseorang merasa rilex.

Senyum menurunkan tekanan darah.
Tak percaya? Cuba anda catatkan tekanan darah saat anda tidak tersenyum dan catat lagi tekanan darah saat anda tersenyum semasa diperiksa. Tekanan darah saat anda tersenyum pasti lebih rendah.

Senyum jadi awet muda.
Dengan senyuman dapat menggerakkan banyak otot . Dikatakan kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi. Dengan banyak tersenyum kita akan kelihatan lebih awet muda.

Senyum membuat kita kelihatan sukses.
Orang yang sentiasa tersenyum kelihatan lebih ‘confident’, terkenal, dan berwibawa. Lihatlah orang-orang yang berjaya, senyuman di wajah tak pernah lekang.

Senyum membuat fikiran positif.
Cuba praktikkan! : Fikirkan perkara-perkara buruk/negatif sambil tersenyum. Mesti susah kan? Sebabnya, ketika kita tersenyum, tubuh mengirim satu signal positif "hidup selalu baik". Sehingga saat tersenyum, tubuh menerimanya sebagai anugerah alami.

Senyum murahkan rezeki & lerai kesulitan.

Kita ambil satu kisah seorang ahli sufi terkenal, Abu Yazid Al Busthami yang pernah didatangi seorang lelaki, wajahnya kusam dan berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu:

“Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah saya tinggal ibadah saya kepada Allah. Sewaktu orang lain sedang tidur, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?”

Tuan Guru menjawab sederhana:
“Perbaiki penampilanmu serta ubah air muka dan raut wajahmu. Tahukah kamu, Rasulullah s.a.w adalah seorang yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah s.a.w, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya.”

Dah habis baca faedah senyum, sekarang cuba praktikkan beberapa tips senyum ni. InsyaAllah anda akan lihat hasil kehidupan anda amat memuaskan.

Senyumlah ketika:
1) Bangun dari tidur - mulailah kehidupan dengan penuh keceriaan
2) Selepas mandi – tubuh bertambah-tambah segar dengan mandian + senyuman
3) Sebelum mulai sesuatu kerja – kerja yang sukar menjadi mudah
4) Buntu, masalah – fikiran jadi terbuka, mudah dapat idea bernas & jalan keluar
5) Sebelum & selepas ibadah wajib & sunat
6) Sebelum tidur – dapat leraikan ‘sampah’ dalam fikiran. Tidur jadi nyenyak.
7) Setiap keadaan

Banyak cara kita boleh senyum. Nak atau tak saja. Tak perlu keluar modal, duit pun. Tapi inilah yang sering kita lupa. Sekarang dah tahu, kita faham maka amalkanlah. Untung pada diri sendiri juga, orang di sekeliling pun dapat ‘habuannya’.

p.s. Senyum yang tidak digalakkan: Senyum sinis, senyum nak ngorat anak dara, senyum kambing. Ha ha ha…

Pinjam ‘trademark’ Faizal AF4 – ‘Senyum Sokmo!’

Kepada pengamal Reiki, senyum sudah menjadi kemestian dalam praktik seharian.
Senyum, Santai & Pasrah.

Comments

Popular posts from this blog

Takdir Allah!

S.U.A.M.I