Posts

Showing posts from October, 2009

Love Is P.A.I.N

Cinta...satu ingkapan yang begitu indah dan penuh bermakna... namun ia juga boleh membawa erti duka.... bagaimana nk aku mulakan ea... haiii..pedih tul kan bler cnta ni di sebelah pihak je... baru aku tau skit 2 cmner... yelah sapelah aku ni utk memilih kan??? hanya insan bese je... xde keistimewaan pn di mata seorng yang bergelar adam... apa pn..aku ttp bhgia jika dia bhgia.. pasti ada hikmah atas sume ni kan???... hmmm... doakan ea..smoga aku tabah menghadapi sume ni.... aminnn..

Rahsia Senyum Yang Terabai

Image
Senyum seringkali diabaikan dalam kehidupan seharian. Lebih-lebih lagi dalam dunia yang serba sibuk ni..asyik dahi je berkerut. Senyum tak senyum kita boleh tahu perwatakan seseorang dengan jelas pada raut wajahnya apakah ia seorang yang tenang atau selalu dalam ‘trouble’. Senyum tak semestinya bibir naik sampai ke telinga. Hehehe. Senyum itu jika dari hati yang ikhlas akan terpancar pada air muka walau bibir selamba saja. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan ‘senaman dalaman’ di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Badan juga turut 'tersenyum' dan menganggap kita dalam mood gembira. Memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya membuatkan hidup kita sentiasa ceria tetapi dari sudut kesihatan ia memberi banyak kebaikan. Kadangkala perkara-perkara yang mudah macam nilah selalu saja tidak dipedulikan walhal ianya amat penting untuk diri kita. Sebagai contoh, perhatikan saja nafa...

Cinta..........cinta.......cinta

Image
Cinta... ... ? cinta, suatu perasan yang sukar digambarkan melalui kata-kata. Ia hanya dapat dinikmati secara mengalaminya sendiri. Cinta tidak dapat dipelajari tetapi dialami. Uniknya cinta kerana ia jelmaan kasih sayang yang teragung. > > Sekiranya cinta sudah tiada di hati anda , tandanya salah satu nikmat Allah telahtercabut daripada anda, sedangkan cinta adalah nikmat teragung Allah terhadap hambaNya. Jika anda sudah tidak dapat menghargai cinta tandanya nilai kemanusiaan anda sudah mula terhakis. Ketiadaan cinta di hati anda bakal merubah seluruh kehidupan. > > Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulallah s.a.w bersabda " sesungguhnya Allah Taala berfirman pada hari kiamat kelak; mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan ku ? hari ini ku naungi mereka , dimana tidak ada naugan yang lain selain naungan ku. > > Iktibarlah dari keutuhan cinta ini. ia kekal abadi & suci. Cinta Allah yang maha pencipta itu tidak memilih siapa, ru...

Jodoh Yang Baik

Image
Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api. Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak. Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalami selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya? Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, kerana Allah itu yang lebih mengetahui. Kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia, menyempurnakan kita. Namun, ...

Kelapa Atau Mutiara

Apabila kamu berkawan dengan lelaki, Ingatlah ada dua pilihan terbentang Yang Pertama.. Kamu jadi seperti kelapa..mudah diperoleh Diparut.. Diperah.. Dan diambil santannya.. Lepas tu hampasnya dibuang... Yang Kedua.. Kamu menjadi sebutir mutiara.. Berada di dasar lautan.. Tersimpan rapi.. Dilindungi kulit..Bukan senang nak melihat.. Apa lagi mendapatkannya.. hanya orang yang bertuah.. Beruasaha menyelami dasar lautan..Dapat memperolehnya..Harganya mahal sekali..Dan ia akan tersimpan selamanya.. Jadi.. Kamu pilihlah samada hendak menjadi kelapa ataupun mutiara.. Di sebalik santan.. menjadi penyedap makanan.. diperah segala kenikmatan.. dengan mudah jatuh menjadi titisan.. akhirnya habis kari dimakan.. pulut panggang sisa habis ditelan.. dan santan hilang tak jadi ingatan.. yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang.. orang tak kenang jasa santan.. Mutiara..tertanam di dasar yang paling dalam..sukar andai mengharap jadi perhatian kerana dilapisi kulit yang keras namun kiranya ditemu...

Hawa:ingin Cantik??solatlah!!

Image
Subhanallah, Maha Suci ALLAH yang mengetahui setiap suruhan dan laranganNya. Adakah anda sebagai seorang wanita pernah terfikir betapa banyak kelebihan-kelebihan yang terkandung dalam pergerakan solat yang dilakukan setiap hari? Percaya atau tidak setiap gerakan dalam solat telah mendahului kepercayaan orang tua-tua dalam memberi petua turun-temurun kepada generasi yang akan datang? Mereka menemui bahawa gerakan yang dikenali sebagai senaman dapat mengekalkan kecantikan dalaman seorang wanita. Bahkan dari segi sains, solat dapat mengalirkan aliran darah dengan begitu sempurna. Di kesempatan ini, ana ingin berkongsi persamaan antara pergerakan solat dan pergerakan senaman dari petua orang dahulu kala. Kebesaran dan kebijaksanaan ALLAH perlu dikaji oleh setiap insan kerana ada sebab dan musabab kenapa ALLAH menjadikan begini? kenapa tidak begitu? begitu mengapa tidak begini? Ada sedikit ilmu yang ana ingin kongsikan bersama setiap insan yang bergelar hawa yang bakal melahirkan pejuang...