Perkahwinan bukan kayu magik yang menyelesaikan masalah. Bahkan, perkahwinan adalah gerbang kepada alam rumahtangga yang punya 1001 masalah baru di dalamnya. Masalah-masalah ini bukanlah bala. Tetapi sebagai ujian bagi peningkatan diri dan tapisan iman buat manusia. Bagi yang tidak menekankan persediaan sebelum bernikah, juga tidak punya agenda pembinaan diri dan pasangan yang jelas selepas bern ikah, maka masalah-masalah tadi akan memakan diri dan merobohkan rumahtangga. Cinta, nikah, kahwin, tumahtangga, perlu dilihat jauh dari sekadar kerangka 'perasaan dan emosi', tetapi juga perlu diambil berat sisi-sisi seperti 'pembinaan ummah' dan 'saham akhirat'. Agar kita jauh dari fantasi yang membutakan hati, kemudian gagah berpijak di alam realiti, menunaikan tugas sebagai hamba Ilahi di atas muka bumi. *Diambil dari Hilal Asyraf Apa yg dapat ai simpulkan dari penyataan beliau adalah..membina sebuah perkahwinan bukan sekadar memuaskan haw...